Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Thursday, 31 May 2012

Release

Hr ni ade appoinment ngan doc i. So, hubby amek i dlm kul 5lebih, trus gerak p HUKM .smpi-smpi dlm 5.40 sbb jammed. sebelum pukul 6 kena registered. Nasib cepat sampai. P trus kat kaunter. Puan mengandung ke? Sy dah miscarriage last 2 weeks. Oh, OK. Sebenarnye , klu check up mcm ari tu, mmg nurse nk suruh kite p check urine, berat, HB, sume la. Ok, hubby p solat dulu. Dlm 6lebih die br dtg kat klinik tu.  I no ke-14. I tnye nurse prof dah ade ke? Dah ade dah..Sekarang patient no-2.

So tgu punya tunggu, at last 8.40mlm br dpt jumpe. Mmg la kan. Specialist mmg kena tgu lame.

So, conversation:
Prof: Mcm mn luka? Ok?
Me: Ok, luka luar dah kering. Tp dlm still sakit-sakit lagi bila jalan.
Prof: Sebulan biasenye br ok. Dpt MC sebulan kan?
Me: Mmg. Tp kalau sy nk keje next week boleh x?
Prof: Nape?
Me: Sy lecturer. Kesian student asyik cancel class.
Prof: Oh..rs boleh stakat bg lecture. Duduk je la bg lecture. Jgn berdiri sgt,
Me: Ok. Prof, mcm mn kes sy ari tu? mmg xleh nk detect cornual pregnancy ke?
Prof: Mmg susah. sbb baby mmg dlm rahim. ..kite nmpk Ok. Tp sbnrnye akar die melekat kat cornual. Hujung rahim. Tu yg bile dlm 3bulan, die rupture.
Me: Oh ye ke. So next pregnancy mcm mn? Sy still boleh pregnant kan.
Prof: Tu la. Kite xboleh nk jangka die melekat kat mn. Ade chances die boleh jd belah kanan plak.Pregnant still boleh. So,even jd mcm ni kite tahula awak subur boleh preggy.
Me: Erm, ye ke. (Dlm hati, i ckp semua ni kuasa Allah)..So, bile sy boleh cube preggy lg?
Prof: After 6 months awak boleh start cube lg la. Tp awak bersalin, 36weeks mmg kena c-zer. Memang xboleh bersalin normal...Dan awak bahaya utk preggy twin. Kalau twin, kite kena tgok mcm mn. Klu terpaksa, kena suntik matikan satu janin tu.Sbb di bolehkan, kerana bahayakan nyawa ibu.
Me: Oh..(Harap-harap jgnla ambil nyawa babyku lg. Semoga Allah permudahkan semuanya. Sbb i yakin Allah tu maha pengasih lg maha penyayang.Mungkin Dia lambat makbulkan doa i sebab nk bg yg lebih baik utk i)
Pastu bersambung conversation ttg perkara itu dan ini. (xlarat nk type)........
Tamat. Total: RM112 Consultation.

Hubby ckp tgu surat dulu. Bila dah dpt surat br kite decide teruskan treatment dekat mn. Kalau dpt Perlis, so Plan A. Kalau xdpt,kite wat Plan B.

Finally i lega sikit. At least bukanlah setahun utk cube preggy lg. Walaupun 6 bulan still xmenjanjikan apa-apa, at least i boleh berusaha awal sikit.

Hope semuanya akan OK. Lepas ni nk ubah cara hidup.InsyaAllah. =)

Wednesday, 30 May 2012

Tiba-tiba?

Tiba-tiba ade seorang akak classmate i dl ni text me "Fiza call akak".."Ok"..   ".................., stuju?" i terkedu. tiba-tiba jd 50-50. Xpelah, fikir betul-betul dl. Ok, kena tgu hubby balik umah discuss. Tp smpi skrg xde decide ape pun. Maybe need a few days utk pk sume ni. 

Esok nk p jumpe doc. pttnye esok check up utk kali ke-3 pregnancy. Huhu. Sedih. Tapi pergi esok utk discuss operation hari tu. Sakit stil terasa even dah 2weeks++. Baru lg ke? I dah 50-50 nk keje next week. If still cannot walk properly, rsnye kena cuti jugak. Walaupun ikut MC next week mmg i still cuti. Tp kesian kat student-student asyik cancel class n lecturer Hidayah (my fren) sbb kena ganti i. Kalau boleh xnak menyusahkan org. I pun xtau normal ke bile kite bangun, rs cam sakit sikit. Bile nak jalan, rs perut tu mcm xkena. Perut atas dr belah tu smpi ke pusat mmg kebas lg. means if cubit, xrasa sgt. If terkena kain ke, die rase pedih n ngilu. Esok kena tanye doc ni. Itu belum kira kalau nk tdo mule meletang, pastu nk mengereng. kena letak bamtal cover. InsyaAllah Allah akan balas setiap kesakitan dan kesedihan yg i alami. Setiap org ujian lain-lain. Tu kena semat kat hati dan fikiran ye Fiza. =)


Booked

:
Last week, acara meng"google"
3 days ago, duk pusing-pusing Puchong & Glenmarie.
2 days ago , singgah di Old Klang. Discussion.
Yesterday, pusing-pusing di Sri petaling.Color? Haven't decide yet!
Today : Finally, booked. Ni klu tetibe cancel, terbang duit lg ni. Tu pun berbelah bahagi ttg color. Confused tul.

Hope sume berjalan lancar la. Bila tanye hubby? Dont worry. After this, kite dpt baby plak ye.
Xpelah, as long i dpt tgk hubby tersenyum n happy, i pun happy jugak sesangat. =) sukela kan impian dah tercapai.

P/s: Sekarang i pray hard supaya hubby xjd outstation this week. So boleh balik Kg. Yeayyy.

Monday, 28 May 2012

Kisah kematian suami

Lately byk i dgr cite psl kematian. Br-br ni jiran i msg i ckp sory xdpt lawat coz kena balik Kg sbb abg ipar meninggal.. Bila die dah blik sini, die dtg lawat i. Dan i tanyela mcm mana akak die. Dia kate abg ipar die muda lg dlm 30++ anak pun masih kecil. sorg dah bersekolah sorg lg i rs 3-4 years. Akak die xbekerja. So, i boleh bygkan mcm mn perasaan akak die waktu tu bile dpt berita kematian suami die. Tiba-tiba sekelip mata org yg kite sayang, tempat bergantung, teman tidur berbual, tiba-tiba tiada. Anak yg kecil pula sering bertanya "Bila ayah nk pulang"..Same mcm case my sis jugak. Sbb tu mase die lawat i kat hosp, die kate dugaan akak lg berat dr i. Die kehilangan suami yg xmungkin akan kembali. anak-anak yg ketika tu masih kecil. Tp i, msih ada suami yg bg kata semangat yg boleh jaga i. dan i masih boleh berusaha utk cuba dptkan zuriat lg wlupun kali ni kehilangan zuriat yg dinnt.

.Erm, kdg-kdg i pn takut. mlm td i berbual ngan hubby. Kita xtau kan ajal kite bile. Dunia ni hanya sementara, akhirat nnt mcm mn? Cukup ke ilmu kite. Jika bila kite mninggal nnt, anak kita wat dosa, abg kena tanggung ke?Mcm mane plak anak angkat? Kalau die wat dosa, abg kena tanggung jugak ke? Sbb kite dah jd penjaga mereka. I pun belum cukup lg ilmu kat dada ni utk semua ni. Ckp psl anak angkat, ade org xsetuju. Tp hubby pandangan die lain plak. Nape plak xboleh? Sekurang-kurangnye niat kite ikhlas nk jaga die. Nk bg kasih syg, pendidikan, ilmu dunia dan akhirat. Kite nk bantu org yg dlm kesusahan. Bila kite pk dunia ni hanya sementara, dan akhirat adalah kekal, kite tentu akan redha dgn ape yg terjadi. Sbb stiap kesulitan itu pasti ade kemudahan dan hikmah.

Pastu i sambung..

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

Hubby ckp, klu kite tanam pokok, pastu ade org tumpang berteduh di bwh pokok tu, kite pun insyaAllah dpt pahala. Oklah, kite stop cite ni.

Hubby duk dr kelmarin google psl kete ni. Niat tu mmg ade nk tukar. Cume bila bab nk trade in kete sedia ada ni ade probs sikit. Tgokla dealer tu ckp ape nnt. Tanye hubby, sungguh ke? Xnk tgu surat, br kite pk cmne. I follow je as long hubby happy dh la kan. Skrg dah nk wat loan dah susah sikit. Harga kete kena x3 =< gaji kite. Cth kete installment 1000. so x3=3000. So gaji nett kite kena 3000 br leh bli kete tu la. Dulu xde pun. Gune student card dah leh bli kete. Tp la ni, bank negara mmg ketat sikit la. nk elakkan anak-anak muda dr bankrupt.

Hujung next month hubby nk p Melbourne.Ade conference. Hubby tanye nk ikut x. Mmg nk ikut, tp i tkut kna smash je ni asyik cuti je. hehe.Bila ni nk dpt surat? Dapat ke x ntah..Erm, tringat lg ari tu, suh hubby blikan bju baby kat sane. Tp la ni, xde la kan. Huhu. Ok, stop sedey-sedey.






Sunday, 27 May 2012

Renungan

Bulan May ni nk wat entry-entry muhasabah diri. =) Kat bwh ni adalah copypaste dr  wordpress ni. mintak izin tuan ni dah utk copy..

Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah S.W.T. telah ditetapkan rezeki untuknya. sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Allah S.W.T. yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah menjamin rezeki untuk semua makhluknya, dari sekecil-kecilnya makhluk (kuman) hinggalah sebesar-besarnya (ikan paus) dan tidak dikurangkan sedikit pun daripadanya.

Manusia diminta untuk berusaha, berdoa dan bertawakkal nescaya ia akan mendapat dan memiliki rezeki yang telah disedaikan oleh Allah S.W.T. dimuka bumi ini.

Firman Allah s.w.t.yang bermsksud :
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.
(Surah At-Talaq ayat 2-3)
Takwa adalah merupakan kriteria atau ukuran sesaorang yang paling hampir dengan Allah S.W.T.  Sesiapa saja dikalangan hamba-hamba Allah yang paling tinggi takwanya maka dia adalah orang yang paling mulia disisi Allah S.W.T. Orang yang bertakwa adalah orang mukmin yang cukup berhati-hati didalam menjalani kehidupan didunia ini, amat takut kalau-kalau dia terjerumus didalam kehidupan yang mendatangkan kemurkaan Allah S.W.T.
Ia bukan saja telah meninggalkan yang haram dan melaksanakan yang wajib tetapi ia telah meninggalkan perkara-perkara syubhah dan makruh. Dalam amalan ibadahnya diperbanyakkan amalan-amalan sunat dalam rangka merapatkan lagi hubungan dengan Allah S.W.T, malahan semua yang harus pula di niatkan kerana Allah supaya ianya menjadi ibadah.
Allah S.W.T. akan membantu orang-orang yang bertakwa, segala kesusahannya, kemiskinannya dan apa-apa saja permasaalaan hidup yang dihadapinya, akan terbentang luas jalan keluar diberikan oleh Allah S.W.T. Bukan setakat ini saja, malahan Allah S.W.T.akan memberikan rezeki yang tiada disangka-sangka samaada rezeki datang dari langit, bumi, lautan, malahan yang jauh didekatkan, yang sedikit diperbanyakkan dan yang banyak dipermudahkan.
Kadangkala seseorang pernah bertanya pada diri sendiri, “Kenapa rezekiku  sempit?  Buat berbagai usaha tetapi masih gagal mencapai matlamatnya?Berniaga merosot, puas aku berdoa dan minta pertolongan Allah tetapi masih tidak dimakbulkan-Nya?”
Perlu di ingat bahawa Allah S.W.T. Maha Mengetahui apa akan berlaku kepada para hamba-Nya dilambatkan permohonannya adalah untuk kebaikan hambanya sendiri. Kerana takwanya belum mantap, maka diuji lagi supaya semakin banyak ia berusaha, berdoa dan bertawakal maka akan melahirkan hubungan yang erat hatinya dengan Allah S.W.T. dan Dia ingin memberikan pahala yang besar kepadanya diatas kesabarannya. Oleh itu kita kena berbaik sangka dengan Allah S.W.T. berdoa dan terus berdoa jangan putus asa. Cepat atau lambat dikabulkan doa kita adalah urusan Allah S.W.T.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W.  bersabda yang bermaksud : “Allah S.W.T. berfirman, ‘Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku’.”
(Hadis RiwayatAl-Bukhari)
Rasulullah S.A.W.  bersabda, maksudnya : “Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Apakah maksud berbaik sangka dengan Allah? Berbaik sangka di sini adalah rasa takut dan harap yang saling bergandingan, ataupun rasa takut mengatasi rasa harap.
Sahabat yang dikasihi,
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud :
“Jika sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, pasti Allah akan memberi rezeki kepadamu, seperti Dia memberi rezeki kepada burung-burung yang terbang di pagi hari dengan tembolok kosong dan waktu pulang kesarangnya pada waktu petang, temboloknya sudah penuh.”
Orang-orang yang bertawakal ialah mereka yang  yakin dengan jaminan rezeki daripada Allah S.W.T. dan mereka akan mendapat balasan yang baik di akhirat nanti.

Kunci rezeki dan perbendaharaan Allah S.W.T. hanya berada ditangan-Nya dan Dia akan membuka pintu rezeki ini seluas-luasnya kepada hamba-hamba-Nya yang banyak beristighfar, bersedekah, sentiasa berwuduk, menghubungkan silaturahim, solat duha, solat tahajjud , berzikir dan membaca al-Quran. Amalan-amalan soleh ini jika diamalkan akan membina jambatan hati kita dengan Allah S.W.T. dan apabila Dia kasih dan sayang pada kita maka segala permohonan dan doa kita dimakbulkan-Nya dan di kurniakan rezeki di jalan yang tiada disangka-sangka.

Kesimpulannya, dalam usaha mencari rezeki di atas dunia ini, jangan sampai menjauhkan kita daripada beribadah dan mangingati Allah. Oleh itu, kita perlu bertawakal kepada Allah dengan hakikat tawakal yang sebenarnya. Kita mesti berusaha dan berikhtiar tetapi meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah. Kalau dapat apa yang kita inginkan, bersyukurlah. Kalau sebaliknya, bersabarlah dan berbaik sangka dengan Allah. Yang penting, kita mesti tahu meletakkan kepentingan antara dunia dan akhirat.
Jangan gadaikan akhirat dengan habuan dunia yang sementara ini. Berusaha dan berikhtiarlah, kerana ia sunnatullah. Tetapi ingat, ia tidak akan dapat mengatasi takdir Allah.

Saturday, 26 May 2012

Kesinambungan

Rentetan dr kisah takziah ni...ni kejadian mlm td la kan..ms i wat entry tu, hubby kat luar ngah berbual ngan jiran sebelah..so,bila die masuk umah cepat-cepat i cite. pastu hubby ckp "ada yg lebih berat dugaan dr kita"...i ckp" tu la..if syg di tempat wife kwn syg, rs cam dah meroyan kot. yg ari tu pun pas operate nangis je sepanjang hari =( "..Pastu dah abis discuss, hubby sambung balik meng"google" keja die td..Pastu tgh2 die sibuk meng"google", i ckp..."sayang sayu lg la hati.. tringat kat kisah kawan syg.. tringat kat baby kite.. kdg2 cam sedih.sayu sgt kat hati ni "....Lepas tu hubby ckp" Abg pun sayu.. sedih kehilangan baby..Baby kite...Sedih jugak dgr kehilangan baby kawan syg tu"... 1st time i dgr hubby ckp die sedih kehilangan baby kami. Sebelum ni, die hanya byk nasihat i bersabar- redha semuanye. Mcm kwn i tu ckp kat i... "Dia runsing pk wife die..Ibu mana2 pun akan lebih sedih n emosi dari bapa"..Ye, btul tu. Bapa/Suami sgt kuat menyimpan perasaan.Walaupun die sedih, dia xnk tunjuk lemah di hadapan isterinya. Kerana mereka adalah kekuatan diri isterinye.  =(

P/s. My mum dah balik dah.. rs lain plak sorang-sorang kat umah. Hubby plak p mngajar kat UPM pg ni. huhu.


Friday, 25 May 2012

Takziah

Ya Allah. td mase i bukak FB ,i nmpk post classmate i mase degree dulu. ttg video "Anak-anak yg mati kecil". Lepas t i chat la, siapa *** *******.? Then die reply anak die. Innalillah. Anak kwn i meninggal selepas 2hr dilahirkan. sebab lemas. bersalin operate, dan di masukkan di NICU. Xtaulah slh siapa, mungkin die rs itu kesalahan Doc. Namun Allah mengetahui segala-galanya. Ya Allah, xdpt i bayangkan perasaan my fren ngan wife die. i ni pun even dah hmpir 2mgu berlalu, still rasa sayu dan sedih.. still boleh mengalir air mata dgn tiba-tiba.

Ya Allah,kurniakanlah kesabaran dan ketabahan kepada rakanku dan isterinya. Amin.
Semoga kami juga mampu melalui ujian dari MU ini Ya Allah.