Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Thursday 31 May 2012

Release

Hr ni ade appoinment ngan doc i. So, hubby amek i dlm kul 5lebih, trus gerak p HUKM .smpi-smpi dlm 5.40 sbb jammed. sebelum pukul 6 kena registered. Nasib cepat sampai. P trus kat kaunter. Puan mengandung ke? Sy dah miscarriage last 2 weeks. Oh, OK. Sebenarnye , klu check up mcm ari tu, mmg nurse nk suruh kite p check urine, berat, HB, sume la. Ok, hubby p solat dulu. Dlm 6lebih die br dtg kat klinik tu.  I no ke-14. I tnye nurse prof dah ade ke? Dah ade dah..Sekarang patient no-2.

So tgu punya tunggu, at last 8.40mlm br dpt jumpe. Mmg la kan. Specialist mmg kena tgu lame.

So, conversation:
Prof: Mcm mn luka? Ok?
Me: Ok, luka luar dah kering. Tp dlm still sakit-sakit lagi bila jalan.
Prof: Sebulan biasenye br ok. Dpt MC sebulan kan?
Me: Mmg. Tp kalau sy nk keje next week boleh x?
Prof: Nape?
Me: Sy lecturer. Kesian student asyik cancel class.
Prof: Oh..rs boleh stakat bg lecture. Duduk je la bg lecture. Jgn berdiri sgt,
Me: Ok. Prof, mcm mn kes sy ari tu? mmg xleh nk detect cornual pregnancy ke?
Prof: Mmg susah. sbb baby mmg dlm rahim. ..kite nmpk Ok. Tp sbnrnye akar die melekat kat cornual. Hujung rahim. Tu yg bile dlm 3bulan, die rupture.
Me: Oh ye ke. So next pregnancy mcm mn? Sy still boleh pregnant kan.
Prof: Tu la. Kite xboleh nk jangka die melekat kat mn. Ade chances die boleh jd belah kanan plak.Pregnant still boleh. So,even jd mcm ni kite tahula awak subur boleh preggy.
Me: Erm, ye ke. (Dlm hati, i ckp semua ni kuasa Allah)..So, bile sy boleh cube preggy lg?
Prof: After 6 months awak boleh start cube lg la. Tp awak bersalin, 36weeks mmg kena c-zer. Memang xboleh bersalin normal...Dan awak bahaya utk preggy twin. Kalau twin, kite kena tgok mcm mn. Klu terpaksa, kena suntik matikan satu janin tu.Sbb di bolehkan, kerana bahayakan nyawa ibu.
Me: Oh..(Harap-harap jgnla ambil nyawa babyku lg. Semoga Allah permudahkan semuanya. Sbb i yakin Allah tu maha pengasih lg maha penyayang.Mungkin Dia lambat makbulkan doa i sebab nk bg yg lebih baik utk i)
Pastu bersambung conversation ttg perkara itu dan ini. (xlarat nk type)........
Tamat. Total: RM112 Consultation.

Hubby ckp tgu surat dulu. Bila dah dpt surat br kite decide teruskan treatment dekat mn. Kalau dpt Perlis, so Plan A. Kalau xdpt,kite wat Plan B.

Finally i lega sikit. At least bukanlah setahun utk cube preggy lg. Walaupun 6 bulan still xmenjanjikan apa-apa, at least i boleh berusaha awal sikit.

Hope semuanya akan OK. Lepas ni nk ubah cara hidup.InsyaAllah. =)

Wednesday 30 May 2012

Tiba-tiba?

Tiba-tiba ade seorang akak classmate i dl ni text me "Fiza call akak".."Ok"..   ".................., stuju?" i terkedu. tiba-tiba jd 50-50. Xpelah, fikir betul-betul dl. Ok, kena tgu hubby balik umah discuss. Tp smpi skrg xde decide ape pun. Maybe need a few days utk pk sume ni. 

Esok nk p jumpe doc. pttnye esok check up utk kali ke-3 pregnancy. Huhu. Sedih. Tapi pergi esok utk discuss operation hari tu. Sakit stil terasa even dah 2weeks++. Baru lg ke? I dah 50-50 nk keje next week. If still cannot walk properly, rsnye kena cuti jugak. Walaupun ikut MC next week mmg i still cuti. Tp kesian kat student-student asyik cancel class n lecturer Hidayah (my fren) sbb kena ganti i. Kalau boleh xnak menyusahkan org. I pun xtau normal ke bile kite bangun, rs cam sakit sikit. Bile nak jalan, rs perut tu mcm xkena. Perut atas dr belah tu smpi ke pusat mmg kebas lg. means if cubit, xrasa sgt. If terkena kain ke, die rase pedih n ngilu. Esok kena tanye doc ni. Itu belum kira kalau nk tdo mule meletang, pastu nk mengereng. kena letak bamtal cover. InsyaAllah Allah akan balas setiap kesakitan dan kesedihan yg i alami. Setiap org ujian lain-lain. Tu kena semat kat hati dan fikiran ye Fiza. =)


Booked

:
Last week, acara meng"google"
3 days ago, duk pusing-pusing Puchong & Glenmarie.
2 days ago , singgah di Old Klang. Discussion.
Yesterday, pusing-pusing di Sri petaling.Color? Haven't decide yet!
Today : Finally, booked. Ni klu tetibe cancel, terbang duit lg ni. Tu pun berbelah bahagi ttg color. Confused tul.

Hope sume berjalan lancar la. Bila tanye hubby? Dont worry. After this, kite dpt baby plak ye.
Xpelah, as long i dpt tgk hubby tersenyum n happy, i pun happy jugak sesangat. =) sukela kan impian dah tercapai.

P/s: Sekarang i pray hard supaya hubby xjd outstation this week. So boleh balik Kg. Yeayyy.

Monday 28 May 2012

Kisah kematian suami

Lately byk i dgr cite psl kematian. Br-br ni jiran i msg i ckp sory xdpt lawat coz kena balik Kg sbb abg ipar meninggal.. Bila die dah blik sini, die dtg lawat i. Dan i tanyela mcm mana akak die. Dia kate abg ipar die muda lg dlm 30++ anak pun masih kecil. sorg dah bersekolah sorg lg i rs 3-4 years. Akak die xbekerja. So, i boleh bygkan mcm mn perasaan akak die waktu tu bile dpt berita kematian suami die. Tiba-tiba sekelip mata org yg kite sayang, tempat bergantung, teman tidur berbual, tiba-tiba tiada. Anak yg kecil pula sering bertanya "Bila ayah nk pulang"..Same mcm case my sis jugak. Sbb tu mase die lawat i kat hosp, die kate dugaan akak lg berat dr i. Die kehilangan suami yg xmungkin akan kembali. anak-anak yg ketika tu masih kecil. Tp i, msih ada suami yg bg kata semangat yg boleh jaga i. dan i masih boleh berusaha utk cuba dptkan zuriat lg wlupun kali ni kehilangan zuriat yg dinnt.

.Erm, kdg-kdg i pn takut. mlm td i berbual ngan hubby. Kita xtau kan ajal kite bile. Dunia ni hanya sementara, akhirat nnt mcm mn? Cukup ke ilmu kite. Jika bila kite mninggal nnt, anak kita wat dosa, abg kena tanggung ke?Mcm mane plak anak angkat? Kalau die wat dosa, abg kena tanggung jugak ke? Sbb kite dah jd penjaga mereka. I pun belum cukup lg ilmu kat dada ni utk semua ni. Ckp psl anak angkat, ade org xsetuju. Tp hubby pandangan die lain plak. Nape plak xboleh? Sekurang-kurangnye niat kite ikhlas nk jaga die. Nk bg kasih syg, pendidikan, ilmu dunia dan akhirat. Kite nk bantu org yg dlm kesusahan. Bila kite pk dunia ni hanya sementara, dan akhirat adalah kekal, kite tentu akan redha dgn ape yg terjadi. Sbb stiap kesulitan itu pasti ade kemudahan dan hikmah.

Pastu i sambung..

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

Hubby ckp, klu kite tanam pokok, pastu ade org tumpang berteduh di bwh pokok tu, kite pun insyaAllah dpt pahala. Oklah, kite stop cite ni.

Hubby duk dr kelmarin google psl kete ni. Niat tu mmg ade nk tukar. Cume bila bab nk trade in kete sedia ada ni ade probs sikit. Tgokla dealer tu ckp ape nnt. Tanye hubby, sungguh ke? Xnk tgu surat, br kite pk cmne. I follow je as long hubby happy dh la kan. Skrg dah nk wat loan dah susah sikit. Harga kete kena x3 =< gaji kite. Cth kete installment 1000. so x3=3000. So gaji nett kite kena 3000 br leh bli kete tu la. Dulu xde pun. Gune student card dah leh bli kete. Tp la ni, bank negara mmg ketat sikit la. nk elakkan anak-anak muda dr bankrupt.

Hujung next month hubby nk p Melbourne.Ade conference. Hubby tanye nk ikut x. Mmg nk ikut, tp i tkut kna smash je ni asyik cuti je. hehe.Bila ni nk dpt surat? Dapat ke x ntah..Erm, tringat lg ari tu, suh hubby blikan bju baby kat sane. Tp la ni, xde la kan. Huhu. Ok, stop sedey-sedey.






Sunday 27 May 2012

Renungan

Bulan May ni nk wat entry-entry muhasabah diri. =) Kat bwh ni adalah copypaste dr  wordpress ni. mintak izin tuan ni dah utk copy..

Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah S.W.T. telah ditetapkan rezeki untuknya. sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Allah S.W.T. yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah menjamin rezeki untuk semua makhluknya, dari sekecil-kecilnya makhluk (kuman) hinggalah sebesar-besarnya (ikan paus) dan tidak dikurangkan sedikit pun daripadanya.

Manusia diminta untuk berusaha, berdoa dan bertawakkal nescaya ia akan mendapat dan memiliki rezeki yang telah disedaikan oleh Allah S.W.T. dimuka bumi ini.

Firman Allah s.w.t.yang bermsksud :
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.
(Surah At-Talaq ayat 2-3)
Takwa adalah merupakan kriteria atau ukuran sesaorang yang paling hampir dengan Allah S.W.T.  Sesiapa saja dikalangan hamba-hamba Allah yang paling tinggi takwanya maka dia adalah orang yang paling mulia disisi Allah S.W.T. Orang yang bertakwa adalah orang mukmin yang cukup berhati-hati didalam menjalani kehidupan didunia ini, amat takut kalau-kalau dia terjerumus didalam kehidupan yang mendatangkan kemurkaan Allah S.W.T.
Ia bukan saja telah meninggalkan yang haram dan melaksanakan yang wajib tetapi ia telah meninggalkan perkara-perkara syubhah dan makruh. Dalam amalan ibadahnya diperbanyakkan amalan-amalan sunat dalam rangka merapatkan lagi hubungan dengan Allah S.W.T, malahan semua yang harus pula di niatkan kerana Allah supaya ianya menjadi ibadah.
Allah S.W.T. akan membantu orang-orang yang bertakwa, segala kesusahannya, kemiskinannya dan apa-apa saja permasaalaan hidup yang dihadapinya, akan terbentang luas jalan keluar diberikan oleh Allah S.W.T. Bukan setakat ini saja, malahan Allah S.W.T.akan memberikan rezeki yang tiada disangka-sangka samaada rezeki datang dari langit, bumi, lautan, malahan yang jauh didekatkan, yang sedikit diperbanyakkan dan yang banyak dipermudahkan.
Kadangkala seseorang pernah bertanya pada diri sendiri, “Kenapa rezekiku  sempit?  Buat berbagai usaha tetapi masih gagal mencapai matlamatnya?Berniaga merosot, puas aku berdoa dan minta pertolongan Allah tetapi masih tidak dimakbulkan-Nya?”
Perlu di ingat bahawa Allah S.W.T. Maha Mengetahui apa akan berlaku kepada para hamba-Nya dilambatkan permohonannya adalah untuk kebaikan hambanya sendiri. Kerana takwanya belum mantap, maka diuji lagi supaya semakin banyak ia berusaha, berdoa dan bertawakal maka akan melahirkan hubungan yang erat hatinya dengan Allah S.W.T. dan Dia ingin memberikan pahala yang besar kepadanya diatas kesabarannya. Oleh itu kita kena berbaik sangka dengan Allah S.W.T. berdoa dan terus berdoa jangan putus asa. Cepat atau lambat dikabulkan doa kita adalah urusan Allah S.W.T.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W.  bersabda yang bermaksud : “Allah S.W.T. berfirman, ‘Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku’.”
(Hadis RiwayatAl-Bukhari)
Rasulullah S.A.W.  bersabda, maksudnya : “Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Apakah maksud berbaik sangka dengan Allah? Berbaik sangka di sini adalah rasa takut dan harap yang saling bergandingan, ataupun rasa takut mengatasi rasa harap.
Sahabat yang dikasihi,
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud :
“Jika sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, pasti Allah akan memberi rezeki kepadamu, seperti Dia memberi rezeki kepada burung-burung yang terbang di pagi hari dengan tembolok kosong dan waktu pulang kesarangnya pada waktu petang, temboloknya sudah penuh.”
Orang-orang yang bertawakal ialah mereka yang  yakin dengan jaminan rezeki daripada Allah S.W.T. dan mereka akan mendapat balasan yang baik di akhirat nanti.

Kunci rezeki dan perbendaharaan Allah S.W.T. hanya berada ditangan-Nya dan Dia akan membuka pintu rezeki ini seluas-luasnya kepada hamba-hamba-Nya yang banyak beristighfar, bersedekah, sentiasa berwuduk, menghubungkan silaturahim, solat duha, solat tahajjud , berzikir dan membaca al-Quran. Amalan-amalan soleh ini jika diamalkan akan membina jambatan hati kita dengan Allah S.W.T. dan apabila Dia kasih dan sayang pada kita maka segala permohonan dan doa kita dimakbulkan-Nya dan di kurniakan rezeki di jalan yang tiada disangka-sangka.

Kesimpulannya, dalam usaha mencari rezeki di atas dunia ini, jangan sampai menjauhkan kita daripada beribadah dan mangingati Allah. Oleh itu, kita perlu bertawakal kepada Allah dengan hakikat tawakal yang sebenarnya. Kita mesti berusaha dan berikhtiar tetapi meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah. Kalau dapat apa yang kita inginkan, bersyukurlah. Kalau sebaliknya, bersabarlah dan berbaik sangka dengan Allah. Yang penting, kita mesti tahu meletakkan kepentingan antara dunia dan akhirat.
Jangan gadaikan akhirat dengan habuan dunia yang sementara ini. Berusaha dan berikhtiarlah, kerana ia sunnatullah. Tetapi ingat, ia tidak akan dapat mengatasi takdir Allah.

Saturday 26 May 2012

Kesinambungan

Rentetan dr kisah takziah ni...ni kejadian mlm td la kan..ms i wat entry tu, hubby kat luar ngah berbual ngan jiran sebelah..so,bila die masuk umah cepat-cepat i cite. pastu hubby ckp "ada yg lebih berat dugaan dr kita"...i ckp" tu la..if syg di tempat wife kwn syg, rs cam dah meroyan kot. yg ari tu pun pas operate nangis je sepanjang hari =( "..Pastu dah abis discuss, hubby sambung balik meng"google" keja die td..Pastu tgh2 die sibuk meng"google", i ckp..."sayang sayu lg la hati.. tringat kat kisah kawan syg.. tringat kat baby kite.. kdg2 cam sedih.sayu sgt kat hati ni "....Lepas tu hubby ckp" Abg pun sayu.. sedih kehilangan baby..Baby kite...Sedih jugak dgr kehilangan baby kawan syg tu"... 1st time i dgr hubby ckp die sedih kehilangan baby kami. Sebelum ni, die hanya byk nasihat i bersabar- redha semuanye. Mcm kwn i tu ckp kat i... "Dia runsing pk wife die..Ibu mana2 pun akan lebih sedih n emosi dari bapa"..Ye, btul tu. Bapa/Suami sgt kuat menyimpan perasaan.Walaupun die sedih, dia xnk tunjuk lemah di hadapan isterinya. Kerana mereka adalah kekuatan diri isterinye.  =(

P/s. My mum dah balik dah.. rs lain plak sorang-sorang kat umah. Hubby plak p mngajar kat UPM pg ni. huhu.


Friday 25 May 2012

Takziah

Ya Allah. td mase i bukak FB ,i nmpk post classmate i mase degree dulu. ttg video "Anak-anak yg mati kecil". Lepas t i chat la, siapa *** *******.? Then die reply anak die. Innalillah. Anak kwn i meninggal selepas 2hr dilahirkan. sebab lemas. bersalin operate, dan di masukkan di NICU. Xtaulah slh siapa, mungkin die rs itu kesalahan Doc. Namun Allah mengetahui segala-galanya. Ya Allah, xdpt i bayangkan perasaan my fren ngan wife die. i ni pun even dah hmpir 2mgu berlalu, still rasa sayu dan sedih.. still boleh mengalir air mata dgn tiba-tiba.

Ya Allah,kurniakanlah kesabaran dan ketabahan kepada rakanku dan isterinya. Amin.
Semoga kami juga mampu melalui ujian dari MU ini Ya Allah.

Instinct

Gerak hati? tepat atau kebetulan. actually, byk kali dah ade perasaan camni. cume kdg2 rs cam nk anggap sume tu hanya mainan perasaan if gerak hati tu ke arah bad news.
Cite, mase preggy hari tu. i ada mimpi, i melahirkan baby, tp baby i tu i xpegang pun, i tgok dr jauh n didukung oleh seseorg la yg i kenal...hubby pun xtgok baby kami tu. i xcite pun psl mimpi ni pd hubby, sbb xnkla pk bukan-bukan kan. or its petanda? tp semuanye berlaku kehendak Allah kan.Sehinggalah perkara tu berlaku, i slalu tringat mimpi ni. Update:Sekarang i ok je. coz gerak hati i yakin one day, i akan dpt twin baby. InsyaAllah. Walaupun kdg2 i rs sedih. Mcm yesterday, i ikut hubby p basuh kete. Wlupun jalan sakit-sakit sikit, gagah jugak ikut sbb bosan dah duk uma kot. hehe. Bila tgu org tu basuh kete, tiba-tiba hati jd sayu je. Pk, if x next week nk p checkup  baby utk kali ke-3. Tahan air mata dr jatuh. Terus berbual ngan hubby cite psl issue lain.
Hubby mcm perasan je, muke i berubah sedih, cume die xtgo ape-ape la. xkan tiba-tiba nak nangis kt carwash plak. hasissh..

Td hubby sms. Duk berbual-bual. I ckp since baby pun  dah xde, n doc xbg i preggy dlm thun ni, so abg gunela duit tu utk bli ape-ape. At least, ade gak sesuatu yg menggembirakan dia. Perancangan awal duit tu utk byr cost bersalin nnt. I ckp, kite leh cuba lg next year, so later-later la kumpul duit kan. So hubby excited nk bli moto baru. InsyaAllah, if ade rezeki, hubby akan dpt tawaran mngajar di UiTM Perlis. Hari tu dah p interview, n lectrr die inform kat die  insyaAllah die dapat. Cume itu ckp mulut,selagi belum dpt surat, so semua tu kite consider belum confirm la kan. so konon-konon nk p keje nnt xmau naik kete, naik moto. As long i nmpk senyuman gelak tawa hubby, i dah bersyukur. Actually duk perlis or duk KL, ade pro n cons. Tp, ape-ape pun i kena dgr ckp suami. ape yg suami decide, i ikutkan je.

Klu duk perlis, harap-harap xde la kate-kate sumbang yg mnyakitkan hati i psl baby ni. Ye la, bukan i xnk preggy, tp kalau dah bukan rezeki, anak dlm kandungan pun Allah berhak tarik bila-bila. bukan setakat dlm kandungan, bile dah bukan rezek kite, bile dh dilahirkan belum tentu ia milik kite lagi. I ckp kat hubby, if i sakit ati org tanye nnt, i bls balik ayat yg myakitkan ati org tu balik. leh x? Hubby ckp ayat ape mnyakitkan ati? I ckp la "awak tau ke awak nk mati bile? " xpun "anak ramai-ramai pun belum tentu jd insan berguna. kot jd pembunuh ke perogol ke, lg haru"...haha. trok tul ayat i kan. i ckp kat hubby, i xnk tambah dosa mnyakitkan ati org. so i berdoa klu i pindah perlis nnt xdela org yg bertanya kat i. xpun i ckp je, "dah xde rezeki, baby kitorg tgu kat syurga"

Sekarang, i ade 2 perasaan gerak hati.
1) *u**r   *e** l***
2) **t   **i*  ****


Wednesday 23 May 2012

Feeling good~

Hari ni ngan semalam cam happy-happy sikit. bila sedar, xsemestinya Allah xbg rezeki anak tu lg, Allah tutup pintu rezeki lain kan.

So, hubby sgt risau ttg perkara itu. akhirnye semua dah lepas n insyaAllah klu dah rezeki tu milik kite, insyaAllah tetap jd milik kite. So, nnt hubby balik suh p bli McD.. haha. padahal i bukan leh  mkn pun. i mkn bubur saje. luke ni nmpk cam dah sembuh. luka luar mmg nmpk kering dah, tp luka dlm still rs pedih-pedih lg.so, bertahan ye fiza. hee

Jealous? Normallah tu. sifat manusia kan..ade org tu jeles bila tgok org lain bli umah besar. "wah, sng je khidupan kau kan"....org lain plak jeles tgok org tu ade kete best-best.. org yg weekend Hsbnd-wife jeles bile tgok org lain husband-wife duk skali...Org yg xde duit jeles tgok org lain leh p shopping-shopping sesuke hati, holiday sana sini...Org yg mnganggur jeles bile org lain mudah je dpt keje..org yg dpt suami curang, xbahagia, jeles tgok suami org lain yg caring , rumah tangga aman damai.. semua org nk jeles dgn kelebihan ngan org lain kan? klu xde perasaan tu, kire normal x? klu ade perasaan tu, normal ke x? hehe.pe ntah yg sengal sgt ntah ni.sy pun jeles gak tgk org lain ade baby comel-comel..haha.

p/s . Klu semuanye berjalan lancar, nnt kite mulekan hidup baru. yeaahh! dah rs cam nk bnti keje. feeling-feeling nk karang surat resign.. mane ntah surat resign dulu ye. tp suke-suke hati je nk resign, klu dpt keje lain, lain cite la kan.. haha. xkn nk jd housewife plak *berangan*



Monday 21 May 2012

Sifat

Yesterday, i ngah story mory ngan hubby. Tibe-tibe hubby tgo "ayat syg ckp tu mcm riak sgt" Ooops, ye ke abg. syg xde niat pun ade ayat riak tu. xbermaksud pn. trus i mood sedih.

Setelah i muhasabah diri i, erm i ni byk la kekurangan. i ni suke show off ke? kata-kata i ni ade mnyakitkan ati org ke? oo, ayat-ayat i slalu ckp utk ade unsur berbangga diri ke? "istighfar"..

Jadi skrg i slalu remind, jgn nk tunjuk sgt kite ni best. ade segalanye. itu ini. bersederhanalah. Dan jgn ceritakan keburukan diri sendri pd org lain wlupun perkara itu sudah berlalu dan kite sudah bertaubat. Dan hubby selalu remind, jgn sesekali menceritakan keburukan suami pd org lain. xkirala berniat atau sekadar bercerita.

Kan, so maybe Allah xbg zuriat lg supaya i perbetulkan sikap dan cara hidup i dahulu. InsyaAllah bile  Allah rs i mampu jd ibu yg baik, Allah kurniakan zuriat yg terbaik utk i...InsyaAllah..

Kla, hubby dah balik. Tata

Thursday 17 May 2012

Muhasabah

Skrg akan ada entry muhasabah  diri i..-> utk kuatkan diri sendiri. Xyah bc pun xpe. huhu

Tipula if i ckp i dah ok. kdg-kdg tgh mlm i terjaga, tgok muke hubby...so lepas tu susah tdo.. dgn sakit luke kat perut ni lagi...Redha? Ya, i sedang berusaha utk pujuk diri ikhlas menerima semua ni sebagai ketentuanNya. Redha.

Tipula klu dlm satu hr i xde mention kat hubby psl i risau itu dan ini. Tp utk skrg ni, hubby ade target. die nk i berusaha bersungguh-sungguh utk sesuatu pekara ini. wlupun i kate " i 50-50 lg. tp bukan bermaksud i xnk berusaha"..hubby ckp "jika rezeki yg ini ade, kite fikirkan pula psl utk dptkn baby lg. insyaAllah..syg masih muda lg.kite leh cube lg"...

Bila i bc article2..utk boost smgat i smule.. La Tahzan(Jgn bersedih), rezeki itu rahsia dan milik Allah..Allah lebih mengetahui yg terbaik utk kite.

Jika kita redha dengan ikhlas, insyaAllah kite akan dpt merasai hikmah disebalik musibah ini suatu hr nnt,. I selalu cube think positive. I xtau ape rezeki i sejam lg..esok..lusa...mgu depan.. i xtau. sebab itu hubby ckp"Berusahalah. Kite xtau rezeki kite ape. Mungkin lepas ni kite dpt twin.Dpt anak yg soleh dan solehah..".Kalau kite xde?.."InsyaAllah, kite akan ada zuriat..Cume cepat atau lambat je. Namun jka dah ditakdirkan kite xde rezeki, kite redha"..."Erm,syg tkut lame2 syg xleh tahan ngan sume ni"..."Org lain cube smpi 4-5 kali, diorg xjadi giler pun :P Kite xyah fikir skrg sume ni lg..Kite rest dulu la..Benda ni baru berlaku, mmgla kite stilll emosi..Yang penting next week, syg wat elok-elok ye. "....

Ye, btul la kan..setiap org diuji dengan cara yg berbeza. sekurang-kurangnya kesakitan ini insyaAllah dpt mengurangkan dosa-dosa kite yg lalu.. ini di dunia, di akhirat?

*Dah 2tahun ++ i ngan hubby kawen. dlm mase xsmpi setahun , dah 2x kehilangan baby. walaupun yg pertama (Oct 2011) xsesakit ini (May 2012), namun semuanya telah berlalu. Kdg2 jeles tgok org preggy, baby comel2, tp sabarlah hati. insyaAllah, xlama lg rezki i akan tibe jugak. amin*

Ok, nnt if i rs nk cool kan perasaan lg, i tulis lg ye.

Tuesday 15 May 2012

Mixed

Hari ni hari ke-4..lebih kurangla kan...perasaan? bercampur baur...kdg2 rs cam kuat...kdg2 mngalir jugak air mata bile tringat. selalu cuba tanamkan dlm ati, ada hikmah yg tersembunyi diatas semua musibah ni...amin..

Cornual pregnancy? i xgoogle pun ttg hal ni...tp secara overview dr my doc, baby attach dlm rahim tp kedudukan tu xbtul..hujung rahim ...dkat dgn tube..klu dlm tube, awal2 lg doc dah leh detect. tp tu la kuasa Allah.. Allah berhak buat ape sahaja yg dikehendakiNya...

Actually ms operation tu, baby i pun dah besar dr 10 weeks.. i rs 11 weeks++ kot...ikut report besar baby i ms tu 3.5 cm.. Mase ptg tu, i tenye hubby..."baby abg letak mane? "abg bg lab je"...la, nape bg kat lab..i xnak baby i nnt jd bahan uji kaji..."abg amekla..kite tanam kat pahang...parents syg kan dtg ptg ni"..."Ok, nnt abg tanye nurse"..rupenye prosedur tu banyak gak....Hubby kena ikut doctor bwk baby tu ke bilik mayat utk pendaftaran...hubby ckp, doc tu letak baby tu dlm bakul n tutup bakul tu ngan kain.... smpi kat bilik mayat, hubby isi borang...sebab kematian:cornual pregnancy...then bile diorg bagi kat hubby, rupanye baby tu dikapankan mcm mayat lain..ade ikatan di hujung kiri dan kanan ngan kain kapan...pastu hubby cover ngan towel dan bg pd family i...

my dad bwk balik pahang. tanye pd imam harun, die ckp bawah baby 6 bulan tanam dekat blkg umah je...so, baby i ditanam blkg umah je... i pun xtau kat mane my dad tanam...

Sekarang sume dah berakhir... td short conversation with hubby..."abg, syg mcm xkuat la utk sume ni..kite amek baby angkat nak?..utk pengubat ati,..dah 2x kite kehilangan baby kite....nnt kite cube lg dptkan anak bile kite dah ready n syg dah pulih sepenuhnye"..."abg ok je...syg cari la...baby br lahir tu kan"...huhu..tp bukan senang kan nk amek anak angkat....ckp mmg sng, utk laksanakan nye tu?....doa i dan hubby, semoga hujung thun ni kami boleh berusaha utk dptkan baby lg...ade doc lain ckp, 6 month u dah leh cube...tp ape2pn i kena bncang ngan my doc...die takut rahim i xsembuh lg...sbb rahim i dah luke sbb case ni...Doakan agar rahim i sembuh dgn sempurna dan dpt mngandungkan anak kami lg..Kami hanye mampu berusaha dan berdoa, dan kami bertawakal kepadaNya...


Tamat...

Monday 14 May 2012

Memory

18/4/2012
I went to HUKM.. utk scan..sonographer scan.. die cam confused sikit kdudukan sac.. so minx permission utk lalukan transvaginal scan. OK, Done. Everything normal. dan dah boleh dgr heart beat sbb kat situ ada alat yg extra.  So, i dibekalkan ngan ubat, so next appointment dlm ms 1 bulan lg. Tp i mcm xpuas ati scan tu, so i sms my doc n set up new appoinment date. coz i nk jugak jumpe doc i tu. Now I'm into 6weeks 5days pregnancy. =)

31/4.2012
So, today is a day. I ngan my hubby jumpe doc i tu. so, lame jugak tunggu..siap bfast sume..amek urine, check HB sume.. Around 12 doc pgil.. So , doc ask me a few questions...tp rsnye sume dah rekod dlm fail i tu. Then, tibe mase utk scan... Doc kate "tu nampk dah..dah leh tgok heart beat die dah..nmpk tgn die mnguncup lg..8weeks 6 days... I tnye "everthng ok doc? Yup, Ok. Dalam rahim..pembesaran pun ok. So, i'm so happy..
Next appoinment sebulan lg.. So mase ni dah relax tenang fikiran..

Mase ni i mmg evening sickness. TP fair la.. xla trok pun..But,

11/5/2012
Ms ni i dah 10 weeks++.. Ari ni i blik keje lmbat sikit dlm 7lebih.. So, ms driving nk cepat smpi sbb xsoalt maghrib lg..berdoa agar sempat smpi..so,smpi pukul 8.. Ckp kat hubby, "abg, tlg blikan mknn..syg lapar dah ni..pinggang pun sakit.." So hubby pun kuar... Ms nk solat perut dah rs sakit mcm masuk angin.. lepas tu trus tergolek atas katil..pray hard hubby cepat balik.. kuar bilik muntah2... igt angin la...tp sakit tu xilang...hubby balik umah" nape ni sayang?"....i dah nagis ckp sakit xtahan....minx hubby buat kan air susu... hubby suap sikit2...lepas tu i muntah balik susu tu.. smpi satu tahap, i dah rs nk pitam.. bdn i lemah giler.. i ckp,"abg , jom p klinik.. tp xnk klinik biasa"...Ok, get ready..i ckp"sayang xlarat,..tlg dukung syg...hurry abg...syg dah xtahan sgt ni"....hubby trus dukung letak kat blkg kete"....hubby decide utk trus p emergency HUKM... Dalam kete i dah separuh sedar...ayat i"abg, please cepat...syg xtahan"..then i senyap....i dgr hubby panggil2 i, tp i xlarat nk jawab.....30 minutes, kiorg smpi sbb jammed.. Smpi, trus nurse ckp "puan,bgn puan..duk atas wheelchair...i ckp"i xlrat...i xlarat"...i dah pitam lg....then sedar2 i dah terbaring...diorg dah sibuk pasang wayar sana sini...

Tiba-tiba Dr ****r ckp, its cornual pregnancy...perlu operate segera...i kuatkan semngat ckp "No, i dah scan last week dgn my doc, and he said OK. Bukan luar rahim....i xnk sign permission utk buat laparotomy ....Pastu i minx die call Dr i dulu.. Dr i plak xde kat hosp coz die otw p Kedah.. so conversation only through phone only...Finally, hubby tanye "is it cornual pregnancy" Doc tu ckp "100%" Oh My God.
So, hubby sign jugak... I ms tu pki baju kurung... sekelip mata baju i kena gunting sume n tukar baju OT... Dan sekelip mata i dah ade kat wad bedah...Everthing dah berakhir kat sini....=(

Hubby story...around 1 and 1/2 hour doc tu kuar, n say everthyng is ok. Kite kena save nyawa mummy dulu, dan i ngan hubby leh cube utk dptkan baby lg nnt...its more important..=(

Ms hubby lawat i lepas operate, i ternmpk doc ade bagi hubby baby tu...dalam bekas bertutup...hubby cite, semua dah ada..dah nmpk jari sume..tp baby terpaksa jugak dikeluarkan sbb tetap xboleh diselamatkan lg...
Keadaan i? i mmg on off...sbb kesan ubat tu...bile i bgn, i nangis...bile i nmpk hubby dtg i nangis..4 packet blood kena masuk dlm bdn i, sbb i byk ilang darah...bile i dah sedar skrg, br la i perasan punyela byk kesan jarum kat tangan ni sume..ntahla, rs sedih tu melebihi rs sakit...Nurse xbg hubby masuk, sbb die kate nnt  emosi i xstabil...so, bg i rest...*sekarang i tgh type pun i nangis*...nasib hubby xde kuar p cr ikan haruan...huhu..i mcm xleh trime kenyataan ms awal2 tu...sebb semuanye berlaku sekelip mata...i xprepared utk sume ni.... i tau hubby pun sedih..lg sedih bile tgk i...lg2 bile sume family i dtg lawat i ptg tu...lgla i nangis...i xtgk pun baby tu...nnt i citekan prosedur utk kuarkan baby tu utk di bawa blik umah....next entry la kan...sbb hubby kena p umah mayat sume isi borg kematian sume...can u imagine mc mn perasaan hubby i kot mase tu? 

Nnt i citekan camne cornual ni boleh berlaku...knape xdpt detect awal...ape kesan pd diri i? dan semuanye..

now,ape yg i harapkan doa ikhlas dr semua org supaya kami dpt teruskan perjalann ni...kuatkan hati, percaya dan redha dgn ketentuanNya... Hubby ckp kat i"semua ni kite xleh kawal...kite harung je sama-sama..kite amek positif..Kite redha dgn ketentuanNya..Dugaan kite mungkin mcm ni..Dugaan org lain mungkin xsame dgn kite"...Dan yg penting, we need a break.. then, trying to get a baby again. InsyaAllah selagi kite usaha,Allah pasti makbulkan doa hambanNya mungkin cepat atau lambat...Sedih bile hubby ckp"abg sedih tgok syg sedih...syg tepaksa tanggung sume kesakitan..sakit kena operate"..xpe abg, utk baby, syg xrs sakit sikit pun..